Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi maha penyayang
Ya Allah………
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku………
Satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkan kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi……..
Ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Pengasih………
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi………
Maka jodohkanlah kami………
Tetapi Ya Allah……….
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku……..
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku…..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…….
Ya allah Ya tuhan ku Yang Maha Mengerti….
Berikanlah aku kekuatan…..
Menolak bayangnya jauh ke dada langit…..
Hilang bersama senja yang merah
Agarku sentiasa tenang………
Walaupun tanpa bersama dengannya…..
Ya Allah yang tercinta………
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan………
Adalah yang terbaik untuk hambamu ini…
Ya Allah…..
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…….
Di dunia dan akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang dhaif ini……..
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian……..
Di dunia ini mahupun akhirat
Maka…kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina
Kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai…….
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…..
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka…..
AMIN…….AMIN…….YA RABBAL ALAMIN…..
No comments:
Post a Comment