CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

Ketika CINTA memanggil....

Buat sahabat terbaik ku...

Jatuh cinta perkara biasa...kerana perasaan itu fitrah...apabila kita melihat sesuatu... kita akan rasa suka...kita akan rasa benci... Dari mata turunlah ke hati.....itu lah kata pepatah...benar! Tapi kerana apakah kita jatuh cinta??? Adakah cinta itu cinta berdasarkan... paras rupa... adakah kerana hartanya... ataupun kerana hatinya... Jika itu bukan dari kerana rasa hati dasarnya... cinta itu hanyalah kan sementara mekar di jiwa.... tiada kesinambungannya...

Dan jika benar-benar cinta.. bersedialah utk berkorban jiwa dan raga...masa... berilah perhatian.. berilah rasa pada hubungan yang terjalin.... kerana ianya melibatkan dua hati...dua-dua perlu berusaha...dua-dua perlu pikul rasa... Rajuk itu asam garam... tetapi jika rasa cinta itu kuat...pasti akan membuat rasa cinta itu lebih mekar...lebih rasa..lebih erti..lebih bermakna.. hingga akan terkesan di hati... di minda... dan di mana-mana.... Jika dia cinta....keikhlasan hatinya... akan terserlah.... tanpa perlu sengaja dipertonjolkan... tanpa perlu di minta.. tanpa perlu balasan.... kerana tiap tiap pengorbanan...tiap kesusahan...tiap tiap apa yang dilakukan.... atas nama cinta semata-mata...

Jika tiba suatu hari... jika cinta itu teruji... jika ingin beralih hati… Tanya lah hati.. Apakah cinta baru ini mampu menandingi cinta yang ada sekarang? mampukah si dia menjaga... mampukah si dia bertahan jika badai kesusahan yang melanda.. dan yang lebih penting... tanyalah diri...mampukah si dia mampu menerima kamu seadanya?? Jika ianya... teruskan lah... tidak salah beralih arah... kerana tiap tiap orang mahukan yang terbaik dalam hidupnya... dan berkatalah kamu kepada cinta yg ada... selamat tinggal...dan pohon lah kemaafan... ucapkanlah terima kasih... atas penghargaan dirinya terhadap kamu selama mana kamu berhubungan.... Kerana itu yang lebih baik untuknya... dari dia menyimpan perasaan yang terpendam...menahan amarah.... menahan rasa... yang jika diluahkan kepada seluruh sekalian alam...tiada siapa akan mengerti... jika kamu membiarkannya dengan harapan kosong… dengan impian yang tidak kesampaian.... dengan keyakinan yang berterbangan... dan sangat menyeksakan jika hendak cuba bertahan walaupun dgn seluruh perasaan...

Tetapi ingatlah kamu... cinta yang sempurna...bukanlah kesempurnaan yang terus dapat di lihat dari zahir semata-mata... ianya perlukan masa ...ianya perlukan rasa...ianya perlukan jiwa... perlukan pengorbanan... perlukan perasaan... daripada kedua-duanya... Kekurangan yang ada pada zahir... akan jadi sempurna dengan keduanya yang saling melengkapi... Mengapa tuhan ciptakan jodoh... jadikan manusia saling berpasang-pasangan... kerana DIA menyuruh manusia memahami... kasih sayang...memahami tolak ansur... memahami erti perngorbanan… memahami kelebihan dan kekurangan... Jika semalam dia mampu meninggalkan kekasih yg mencintanya...tidak mustahil dia akan meninggalkan mu juga... atas tiket cinta.. tapi tiket cinta sementara....

Berilah cinta pada yang ada... berilah kasih pada yang rindu.... Kerana sekali cinta...tetaplah cinta.... Bukan untuk di persia… Hargai apa yang ada di sisi... sebelum kamu memandang... sebelum kamu memulakan pencarian... Tanya lah diri... apa yang benar kamu mahu?? Kerana jika itu yang kamu tidak tahu.... lebih banyak hati akan dikecewakan.. lebih banyak perasaan akan di lukakan... Dan percayalah lebih byk keburukan.. lebih banyak kesusahan.. lebih banyak kekecewaaan akan mendatangi kamu... di seumur hidupmu... Benarkan? Logiknya... bila kita terasa hati.... bila kita rasa dikihianati... Apakah perkataan pertama...terlintas di hati...terucap di mulut... Cilaka?? Jahanam? Sial? Mangkuk hayun?? Bangang?? Setan?? Sungguh indah kan darjah kebesaran yang akan kamu terima... Apa kan pula jika ianya terkesan di hati... terkesan di seumur hidup??? Jika kita khianat Allah… Allah tetap beri kita kasih sayang… hingga kita terlupa untuk pohon dari NYA keampunan.. tapi kita khianat manusia… bagaimanakah pula.. bukankah cuma ada rasa kebencian… cuma ada rasa dendam yg akan tercipta… Fikir-fikirkan…

Mungkin saya berkata dari rasa hati… Mungkin sekadar bebelan.. Mungkin sekadar keluhan… Mungkin juga ungkit-ungkitan… Percayalah… tiada yang lain dari hati saya yang terlintas… Saya sedang melahirkan perasaan saya yang lepas… saya pernah mengecewakan… dan pernah juga dikecewakan... saya pernah merasa bahagia… saya juga pernah merasa sengsara… Lalu di saat ini…saya sekadar berkongsi rasa… sekadar menasihati… dan juga mengingatkan diri… Apa yang kita ada hari ini… tak mungkin akan datang sekali lagi.. Apa yang kita terlepas… tidak akan mungkin menunggu kita… Untuk tika ini… saya sedang cuba belajar menghargai.. cuba belajar memahami… sedang cuba menzahirkan rasa hati sepenuhnya… agar saya tidak menyesal… agar saya tidak kan terkesan suatu hari nanti… Moga apa yang saya lakukan hingga saat ini… sudah terbayar untuk rasa-rasa hati yang telah saya tinggalkan… Maafkan saya!

Perempuan oh Wanita~~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Ani Hani said:

Duhai lelaki, hargailah wanita di sisi anda... mereka tidak akan berada di sisi anda untuk duit, untuk harta... untuk nama...untuk pangkat mahupun kuasa... tetapi mereka hanya... mahu cinta dan di jaga.... Carilah wanita sebegini menjadi peneman di dunia... kerana itulah harta dan kekuatan anda... untuk berhadapanNYA di sana... Jangan lah sesekali menyakiti hati atau menganiaya mereka... kerana doa orang yang pengasih...penyayang.. lebih didengar oleh NYA apatah lagi apabila teraniya..

Duhai perempuan yang punya rasa hati... yang punya kuat naluri di hati... pertahankanlah...kesetiaan yang sentiasa sinonim dengan diri...perkukuhkanlah kesabaran yang sentiasa terikat di jiwa...jagalah kedudukan kita sebagai perempuan yang telah di angkat martabatnya... Hargailah ianya... Bukannya menjadi duri dalam daging.. bukannya menjadi petualang dalam kisah hati kaum sendiri...dan bukannya menjadi racun dalam kehidupan orang lain... Jgn harapkan balasan di dunia... kerana ganjarannya maha hebat di sana...

Dan sama-samalah hargailah IBU sebelum terlambat... bukan wang ringgit yang dia minta... tapi perhatian dan kasih sayang yang jadi tagihannya... Hargailah selagi masih ada masa... selagi kita masih bernyawa...

Yang baik itu datang dari Allah...yang kurang baik itu dari saya...Ampun maaf di pinta... Wassalam....

Friday, July 29, 2011

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzz.....

Tahun ni festive season for Hari Raya start cepat.... naya kita~~ hahahaa... nasib aku dah get ready a few things...so takde la kelam kabut at the firstnya....tp masuk 2nd week...arghhh mula dah... Ada je yg spoil plan... Rasa kepenatan yg teramat... owhh no no no! Kat mana-mana pun leh terlelap... Ada suatu hari tu... lapar sgt... jarang sbnrnya mkn malam...tp minggu ni... straight in a row...asik makan jer... sudahnya... ada orang cakap... Ani Hani sudah gemok sedikit...ahaks! Dan yang bestnya... Milan darling pun sama... lebih bonchettt dari biasa~~ tapi pas makan.... mesti mata aku bak teratai layu di tasik madu... dan kalau lmbt baliknya... mesti la aku akan terlelap...Yang selalunya aku mmg slalu tertdo if incek Milan sembang2 lama dgn kawan dia... Aku ttdo la dlm keta... dan sbb itu keta aku ada bantal... sementara dia menyudahkan topik hal hal kawasan... ahaks! Or tak pun terlena la... dekat rumah mak dia dengan duduk atas lantai dan tangan ku... di atas so far so good...sedapnya tidooooooo... mcm malam tadi... dengan si jiha atas riba aku tertdo... pehtu dengan aku pun tertido... ahahaha... Giler tol...

Pernah jugakla tumpang tido kat rumah mak dia.... gara-gara Milan darling tgk mata aku layu sgt... dengan kuapan melebihi diameter biasa... apatah lagi jejarinya....ahaks!! So dia bentangkan alas... carikkan bantal... Sementara dia tdo kat luar tanpa alas... and berbantalkan kusyen jer... alalalalaa.... siannya sayang i..... Actually bleh je balik...masuk keta...dgr lagu...menyanyi..hilang la rasa ngantuk aku... lagipun rasa ngantuk aku boleh hilang...kalau dapat tido brg stgh jam.... Pastu segar bugar la aku... tapi dia tak bagi...agaknya teruk sgt aku terlentok atas kerusi kat booth Incek Romika and Incek Ady kat downtown cheras... ahaha... asal dia tgl kan aku g beron kejap...aku dah slmt tdo...smbil mimpi-mimpi.....dia dtg balik belikan air... abis air sekotak...aku bantai tdo lagi...hahaha..... tp best gak dok lepak kat booth Incek berdua itu...saya dapat baju free kaler Merah... i like! Tenkiu very much~~tu time nak nyopping jersi Malaysia...sbb nak gi tengok game kat SNBJ smlm...dok nunggu kawan dia jual satay tu abih meniaga... tulah amik kesempatan jap...zzzzzzzzzzz...tapi barulah dia tau... betapa kuatnya saya berkerja... selalu tu bukan main payah nak tdonya... Tapi pernah jugalah... ada sekali... aku terlelap masa jalan nak sampai rumah...nasib jalan tu sunyi... tau tau nak terlajak simpang jer dah... aha~~ nasib masih panjang umur... and drive keta takde la ke kiri ke kanan...

Semalam balik dari SNBJ...tengok bola dgn dia and the geng.... makan jap...dia la makan...aku amik balance balance jer...tgh rancak-rancak sembang...mencelah skali dua... tah cemane aku leh terlelap... aahhaaa... akhirnya Milan darling bersuara... kat mana-mana pun awak bleh terlelap....hahahaha...pe nak buat... bukan bleh di tahan-tahan... wat per kontrol kontrol ayu suma.. bidaah jer tu.... sok kawin kan dah sng faham perangai memasing... eleh...ngata org kan... dia tu tido tak reti nak bangun...sambil kena tunggu hujung kaki...tersenyum manis.. bila dia bukak mata.... ahahaha... mak dia sampai gelak... cerita kat tv dah nak sampai cerita tiga empat..dia tak bangun bangun lagi... tapi suka aku tengok dia tidur... mcm baby... baby tua... LOL~~

Tapi heppi yihaa tol gi SNBJ smlm... Bos pun release aku balik tanpa sbrg objection...alabiu miliyens... smlm jer la...hari ni dah neutral...kekekke! My dear darling fetch aku...once dapat permission... dr bos utk curik tulang... Gi cheras port baik dia melepak.. Rizkhan The mamak... pehtu dah kumpul-kumpul geng geng... Alamak malulah plak... aku sorg je prempuan...mmg la selalu nampak geng geng dia ni... tp ahahaa.. bla bab camni...malu i... si Jem la, Eley, Semut... ramainya mereka mereka nak konvoi konvoi... tp syok gler...rasa mcm budak tingkat 3 plak.. nek moto ramai2... conquer jalan smbil bising bising hon dan mulut... alamak... aku terkenang!! :) And my dear darling... tenkiu very much for the nice jersey...tak pernah fail bli baju aku.... sure ngam dan kena cuttingnya... aku rs tahun ni baju aku byk sudah di belikan dia.... walaupun dia asyik kompelin... awak ni takde pun nak beli baju baru... hahaha....cemane nak belinya... tahun ni tahun mendapat banyak baju baju free...ada saje kot...dengan bos bos aku lagi... and more dari dia la... baju dia yg kecik kecik yg dah tak leh nak kaver kecumilan perutnya tu sudah jadi hak milik aku...kakakaka... i like it~~ Tp sbnrnya aku pun sudah membesar sedikit ni...kalau tidak masakan leh sarung tshirt dia... wengssss!!