CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 8, 2011

Mengapa perempuan lebih banyak menangis?

Kajian ilmiah menyatakan bahawa perempuan lebih banyak menangis 4 kali ganda berbanding lelaki. Ini kerana mereka memiliki kelenjar-kelenjar air mata yang bentuknya lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki.


Para ilmuwan Amerika sampai pada kesimpulan bahawa menangis sangat berguna untuk kesihatan. Air mata yang asli, baik itu air mata bahagia atau air mata kesedihan dapat membantu mengembalikan keseimbangan kimia tubuh.

Perempuan lebih banyak menangis kerana mereka sering hanyut dalam tangisan. Mereka mengeluarkan tangisan dengan diiringi suara yang dapat didengar sebanyak 64 kali dalam setahun. Sedangkan lelaki hanya mampu menangis 17 kali dalam setahun.




Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan. Dengan demikian, ia lebih penting daripada protein.

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.


Faktor Panjang Usia

Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa. Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan. Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun. Pakar doktor jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti.



Hormon Berbicara

Perempuan memiliki hormon yang dipanggil oksinosin. Para ilmuwan menamakannya sebagai hormon pengendalian watak. Hormon ini dianggap sebagai faktor terpenting di sebalik fenomena bersembangnya kaum perempuan dengan teman-teman ataupun keluarga mereka untuk menghilangkan stres dan bukan cara menyembunyikan diri atau melampiaskannya dengan tindakan yang zalim seperti yang dilakukan oleh lelaki.

Sunday, July 31, 2011

Ketika CINTA memanggil....

Buat sahabat terbaik ku...

Jatuh cinta perkara biasa...kerana perasaan itu fitrah...apabila kita melihat sesuatu... kita akan rasa suka...kita akan rasa benci... Dari mata turunlah ke hati.....itu lah kata pepatah...benar! Tapi kerana apakah kita jatuh cinta??? Adakah cinta itu cinta berdasarkan... paras rupa... adakah kerana hartanya... ataupun kerana hatinya... Jika itu bukan dari kerana rasa hati dasarnya... cinta itu hanyalah kan sementara mekar di jiwa.... tiada kesinambungannya...

Dan jika benar-benar cinta.. bersedialah utk berkorban jiwa dan raga...masa... berilah perhatian.. berilah rasa pada hubungan yang terjalin.... kerana ianya melibatkan dua hati...dua-dua perlu berusaha...dua-dua perlu pikul rasa... Rajuk itu asam garam... tetapi jika rasa cinta itu kuat...pasti akan membuat rasa cinta itu lebih mekar...lebih rasa..lebih erti..lebih bermakna.. hingga akan terkesan di hati... di minda... dan di mana-mana.... Jika dia cinta....keikhlasan hatinya... akan terserlah.... tanpa perlu sengaja dipertonjolkan... tanpa perlu di minta.. tanpa perlu balasan.... kerana tiap tiap pengorbanan...tiap kesusahan...tiap tiap apa yang dilakukan.... atas nama cinta semata-mata...

Jika tiba suatu hari... jika cinta itu teruji... jika ingin beralih hati… Tanya lah hati.. Apakah cinta baru ini mampu menandingi cinta yang ada sekarang? mampukah si dia menjaga... mampukah si dia bertahan jika badai kesusahan yang melanda.. dan yang lebih penting... tanyalah diri...mampukah si dia mampu menerima kamu seadanya?? Jika ianya... teruskan lah... tidak salah beralih arah... kerana tiap tiap orang mahukan yang terbaik dalam hidupnya... dan berkatalah kamu kepada cinta yg ada... selamat tinggal...dan pohon lah kemaafan... ucapkanlah terima kasih... atas penghargaan dirinya terhadap kamu selama mana kamu berhubungan.... Kerana itu yang lebih baik untuknya... dari dia menyimpan perasaan yang terpendam...menahan amarah.... menahan rasa... yang jika diluahkan kepada seluruh sekalian alam...tiada siapa akan mengerti... jika kamu membiarkannya dengan harapan kosong… dengan impian yang tidak kesampaian.... dengan keyakinan yang berterbangan... dan sangat menyeksakan jika hendak cuba bertahan walaupun dgn seluruh perasaan...

Tetapi ingatlah kamu... cinta yang sempurna...bukanlah kesempurnaan yang terus dapat di lihat dari zahir semata-mata... ianya perlukan masa ...ianya perlukan rasa...ianya perlukan jiwa... perlukan pengorbanan... perlukan perasaan... daripada kedua-duanya... Kekurangan yang ada pada zahir... akan jadi sempurna dengan keduanya yang saling melengkapi... Mengapa tuhan ciptakan jodoh... jadikan manusia saling berpasang-pasangan... kerana DIA menyuruh manusia memahami... kasih sayang...memahami tolak ansur... memahami erti perngorbanan… memahami kelebihan dan kekurangan... Jika semalam dia mampu meninggalkan kekasih yg mencintanya...tidak mustahil dia akan meninggalkan mu juga... atas tiket cinta.. tapi tiket cinta sementara....

Berilah cinta pada yang ada... berilah kasih pada yang rindu.... Kerana sekali cinta...tetaplah cinta.... Bukan untuk di persia… Hargai apa yang ada di sisi... sebelum kamu memandang... sebelum kamu memulakan pencarian... Tanya lah diri... apa yang benar kamu mahu?? Kerana jika itu yang kamu tidak tahu.... lebih banyak hati akan dikecewakan.. lebih banyak perasaan akan di lukakan... Dan percayalah lebih byk keburukan.. lebih banyak kesusahan.. lebih banyak kekecewaaan akan mendatangi kamu... di seumur hidupmu... Benarkan? Logiknya... bila kita terasa hati.... bila kita rasa dikihianati... Apakah perkataan pertama...terlintas di hati...terucap di mulut... Cilaka?? Jahanam? Sial? Mangkuk hayun?? Bangang?? Setan?? Sungguh indah kan darjah kebesaran yang akan kamu terima... Apa kan pula jika ianya terkesan di hati... terkesan di seumur hidup??? Jika kita khianat Allah… Allah tetap beri kita kasih sayang… hingga kita terlupa untuk pohon dari NYA keampunan.. tapi kita khianat manusia… bagaimanakah pula.. bukankah cuma ada rasa kebencian… cuma ada rasa dendam yg akan tercipta… Fikir-fikirkan…

Mungkin saya berkata dari rasa hati… Mungkin sekadar bebelan.. Mungkin sekadar keluhan… Mungkin juga ungkit-ungkitan… Percayalah… tiada yang lain dari hati saya yang terlintas… Saya sedang melahirkan perasaan saya yang lepas… saya pernah mengecewakan… dan pernah juga dikecewakan... saya pernah merasa bahagia… saya juga pernah merasa sengsara… Lalu di saat ini…saya sekadar berkongsi rasa… sekadar menasihati… dan juga mengingatkan diri… Apa yang kita ada hari ini… tak mungkin akan datang sekali lagi.. Apa yang kita terlepas… tidak akan mungkin menunggu kita… Untuk tika ini… saya sedang cuba belajar menghargai.. cuba belajar memahami… sedang cuba menzahirkan rasa hati sepenuhnya… agar saya tidak menyesal… agar saya tidak kan terkesan suatu hari nanti… Moga apa yang saya lakukan hingga saat ini… sudah terbayar untuk rasa-rasa hati yang telah saya tinggalkan… Maafkan saya!

Perempuan oh Wanita~~

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, “Suaminya. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. “Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Ani Hani said:

Duhai lelaki, hargailah wanita di sisi anda... mereka tidak akan berada di sisi anda untuk duit, untuk harta... untuk nama...untuk pangkat mahupun kuasa... tetapi mereka hanya... mahu cinta dan di jaga.... Carilah wanita sebegini menjadi peneman di dunia... kerana itulah harta dan kekuatan anda... untuk berhadapanNYA di sana... Jangan lah sesekali menyakiti hati atau menganiaya mereka... kerana doa orang yang pengasih...penyayang.. lebih didengar oleh NYA apatah lagi apabila teraniya..

Duhai perempuan yang punya rasa hati... yang punya kuat naluri di hati... pertahankanlah...kesetiaan yang sentiasa sinonim dengan diri...perkukuhkanlah kesabaran yang sentiasa terikat di jiwa...jagalah kedudukan kita sebagai perempuan yang telah di angkat martabatnya... Hargailah ianya... Bukannya menjadi duri dalam daging.. bukannya menjadi petualang dalam kisah hati kaum sendiri...dan bukannya menjadi racun dalam kehidupan orang lain... Jgn harapkan balasan di dunia... kerana ganjarannya maha hebat di sana...

Dan sama-samalah hargailah IBU sebelum terlambat... bukan wang ringgit yang dia minta... tapi perhatian dan kasih sayang yang jadi tagihannya... Hargailah selagi masih ada masa... selagi kita masih bernyawa...

Yang baik itu datang dari Allah...yang kurang baik itu dari saya...Ampun maaf di pinta... Wassalam....