CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 28, 2011

Suara hati...

Mengapa harus aku cinta?Benarkah rasa cinta ini... Benarkah apa yang aku lakukan ini... Apa yang aku harapkan dari rasa cinta ini... ????????????????????????????????????????? Dan tiada jawapannya....

"Allah hanya berikan apa yang kita perlukan... bukan apa yang kita harapkan.... " Aku sentiasa ingat pesanan teman ku ini.... and kerana ayat ini juga...banyak persoalan yg menjadi tamu VVIP di segenap ruang minda... Mungkin aku sudah terlalu lebih mengharap???

Dan setiap kali tiba hujung minggu akan penuhlah juga soal jawab...meja perbincangan di sana sini... antara aku dan dia... seperti selalunya... Dan inilah yang menjadi kekuatan... pada hubungan kami... dari mula hingga ke hari ni... And seperti biasa... tetap juga aku teguhkan pendirian ku yang dulu kini dan selamanya... BOHONG bererti melakukan kesilapan...atau menyembunyikan sesuatu... bukan mencari salah... kerana aku juga begitu... bukan lah tidak pernah berbohong... bohonglah aku kalau aku mengatakan tidak... Yang aku tegaskan di sini... mungkin berbohong untuk menjaga hati... tetapi bila aku sudah tahu...kenapa perlu merahsiakan lagi?? Aku cuma tahu kenapa... apa perlunya... itu sahaja... Seboleh mana kita berbohong... kita rasa pandai...jika Allah ingin org lain tahu...tetap juga.... Dan aku sendiri tidak tahu... kenapa aku asyik tahu... even seboleh mana dia cuba merahsiakan.... terutama pasal SI GADIS itu... si GADIS yang pernah mencaci sifatku yang seperti V.A.V.I.... saya masih ingat ayat itu.. dan sampai mati saya tidak pernah lupa... kerana mak abah saya tidak pernah mendidik anak-anaknya... menjadi sedemikian.. dan sementelah pulak tidak arif sifat-sifat mereka... and Tuhan juga tidak menjadikan SESEORANG untuk menjadi SEEKOR?? Adakah anda terlalu agung hingga mampu menilai darjat darjat...kategori kategori makhluk hidup yang telah di cipta ulung oleh ALLAH S.W.T??

SI GADIS? Bukan aku membencinya... cuma aku benci pada kelakuannya... Dari hari pertama... bila SMS nya yang terstore di phone aku dengan tidak sengajanya...mungkin network synchronization yg de delay... terus aku.... tidak pernah mempercaya tiap-tiap baris kata darinya... kerana aku pernah bertanya...pernah juga... mintak confession darinya... tapi katanya...adalah negatif semata-mata... And aku melakukan ujian..mahu menduga kebenaran kata-katanya... seperti jangkaan...seperti yang di duga.... Salah saya hanya mengambil dia menjadi seseorang yang penting dalam hidup... menjadi seseorang saya yang terlalu dekat di hati... Tetapi bukankah saya bertanya anda dahulu? Terlupakah anda? Aku tidak marah... kerana perasaan itu fitrah..aku tidak boleh menghalang nya dari rasa demikian tetapi kenapa harus berdusta...bertopengkan kata-kata di hadapan semua orang... and pandai pula berkata perihal aku dan dia... Mahukah dia aku mempamerkan... segala SMSnya...segala IMnya... dan gambar-gambar kejadian... Dan mungkin masa itu baru dia mahu berhenti... tetapi itu bukan aku... yang boleh membalas... semua kebaikan... semua kejahatan... bukan aku...tetapi Allah... maka aku biarkannya sahaja... Dan aku bukan mahu mengendahkan dia... tetapi aku hanya perlu tahu... kepastian... keyakinan aku terhadap misi misi aku terlaksana.... mengikut rancangan.. GADIS... saya tahu perjumpaan anda dan dia... cuma saya tidak mahu menghadirkan diri tika itu... sebab apa yang kelihatan di mata.. belum tentu sama apa yang terlintas di hati.... kerana setiap perkara ada penjelasannya... kalau saya berniat jahat... kalau saya berasa cemburu... kalau saya menurut hati... saya akan hadirkan diri saya.... mungkin juga saya boleh membawa bersama ahli kerabatnya... Apakah yang anda lakukan masa itu? Seperti saya katakan... tiap-tiap sesuatu itu ada penjelasan... and tiap-tiap orang masih ada maruah dan aib utk dipertahankan.... Maafkan saya.... lebih banyak saya tidak cuba hendak tahu... tetapi lebih banyak pula yang saya tahu... Dan sebenarnya.... bukan lah anda sahaja....yang hadir dalam hidupnya... tapi saya tahu... dia perlukan teman...dia perlukan rakan... dan saya tidak pernah ada halangan untuk itu selagi kejujuran yang jadi batasan dan paksinya.... Sementelah itu, saya tidak tahu kenapa saya harus tahu semua-semua ini... dan untuk apa saya perlu tahu....saya masih tidak tahu...dan sekarang saya sedang cuba untuk tahu..... satu persatu....


*** be rite back...

Aku tidak perlu takut apa yang hendak dia perkatakan...kerana entri ini bukan untuk dirinya... tetapi untuk aku yang mencari hikmah dari apa yang telah dipertunjukkan... dipertontonkan.. dan jalan yang sudah terbentang di hadapan aku... Dan yang aku tahu.... aku yakin dan pasti... jika tidak bersalah... apalah yang perlu ditakutkan... apalah yang perlu... di selindungkan... Mungkin kita berjaya... menipu keseluruhan manusia yang ada di muka bumi... tapi... berjaya kah kita menipu Allah yang satu??

Yaa... perasaan itu subjektif... terlalu sukar untuk ditafsirkan...terlalu sukar untuk dimengertikan... Adakalanya.... kita berperasaan sepatutnya dan juga terlebih perasan! Golongan perempuan mungkin terlalu ramai mendiami muka bumi tika ini... hingga kadangkala menjadi bahan senda.. bahan gurauan.. bahan hiburan.... bahan eksperimen... Moga aku tidak tersenarai dalam top list carta pujaan sirap untuk tujuan ini... Jika ianya terjadi... Milan darling... bersedialah.... dengan kekuatan bulan akan menghukummu....
sebab saya selalu rasional.... menangani masalah ini... tapi pernah juga saya hilang konsentrasi...kerana soal ini...itu memang saya akui... Tapi sekarang saya sudah tahu... everything...must come together with the prove.... dan maka dengan itu... takkan ada syak wasangka.... dan membuta tuli perasaan bebukan.... Am i rite? Tetapi, aku percaya hukum karma.. Apa yang anda lakukan... apa yang anda berikan...hari ini... akan diterbalikkan.... akan didatangkan dalam kehidupan anda hari esok... Tanya sebab pokok... apa sebab goyang ?? :)

Apa yang bermain dalam minda... dalam hati... dan aplikasi perbuatan seharian pada rasa cinta ini...hanya satu... Mahu melihat dia berjaya.... mahu melihat dia menjadi seseorang... mahu melihat dia menyambung pendidikan.... mahu melihat dia mempunyai kerjaya... mahu lihat dia mengapai cita-cita... mahu dia menjadi anak yang menjaga ibunya yang keseorangan.... hanya itu.... Jika ini yang menjadi salah erti dari pandangan mata.. dari pandangan hati... orang lain mahupun dia... terserah... Kerana aku tahu... Allah tahu apa yang terlintas dalam hati aku... dan aku merasakan jalan-jalan yang terbentang memudahkan aku... untuk memastikan kosentrasinya tidak beralih arah... dan fokus prioriti nya pada hal ini... dan Alhamdulillah... aku di berikan kekuatan...kesabaran....yg adakalanya hilang juga dari diri.... dan walaupun terpaksa menggunakan... pertahanan terakhir.... airmata..... dan moganya.... harapan ini.... menjadi kenyataan.. dan jika masa itu...dia tidak memerlukan aku lagi... aku redha... kerana aku tahu... aku telah cuba sedaya upaya melakukan yang terbaik.... dan kalau dia pergi pun... pastinya... dia pergi untuk yang lebih baik... then kenapa aku nak stop dia...

Cuma kebelakangan ini... sering aku bertanya pada diri sendiri... apa akan terjadi selepas semua ini terlaksana... dan akhirnya aku mendapat jawapan.... tawakal dan berserah..... setelah usaha dan daya.... pastinya... ada jalan yang akan terbentang... kerana kasih sayang Allah itu melimpah ruah...dan tidak dapat dibandingkan dengan apa yang ada di muka bumi ini.... dan DIA tidak akan memberikan dugaan kepada hambanya lebih dari kemampuannya... dan aku sangat sangat yakin hal ini... Dan sayangku Milan Milan.. Mia Muzovic.... apa yang aku lakukan sejak dari dulu hanya kerana satu... ATAS NAMA CINTAKU... AMERHANI.... dan dikau juga tahu... sangat-sangat tahu... semua ini tidak bermotifkan apa apa profit untuk diri ku...mahupun politik!

Maka dengan itulah... marilah berkerja...dan janganlah lupa... Hadapi semuanya dengan senyuman!! :)

Wednesday, July 6, 2011

Kisah hati... Kisah Cinta...

Lumrah hidup...ada pasang surutnya... begitu juga tentang cerita cinta manusia... lelaki dan perempuan tiada bezanya... kerana tiap tiap darinya...punyai hati...punyai pancaindera..punya naluri...punya akal untuk mencorakkan jalan cinta mereka...terus atau berliku-liku atau pun di hiasi pelangi nan indah...

Kadangkala... kita selalu tidak nampak kekurangan diri masing-masing itulah pelengkap kesempurnaan kasih sayang dua insan... Fitrah manusia saling memerlukan... begitu juga dalam berkasih sayang... melengkapi satu sama lain... lantas menutup kekurangan yg ada... itulah kesempurnaannya... Bukannya membiarkan terus menjadi nanah dalam hubungan... ataupun...mencari yang lain untuk menutupi kekurangan.. atau pun untuk menambah perisa kehidupan yang mungkin hanya sementara cuma...

Apa matlamat hubungan cinta... kalau di tanya pada perempuan... pastinya jawapan adalah perkahwinan.... Hidup bersama orang tersayang itu lah bahagia bagi orang perempuan.... sementelah fitrah dari azali... dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada mereka,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita dan dekat dengan hati lelaki untuk disayangi...begitulah adanya...

Sefahaman...tolak ansur...kesetiaan..kejujuran....kesabaran....boleh kah direalisasikan dalam hubungan?? Jika dikiri kanan... dihadapan di belakang... hanya pujukan.. hasutan...dugaaan?? Maka tanya lah sama hati... tak mudah namun tak susah... terserah atas pilihan... jika terlalu mahu dan mahu... Jika bahagia yang diimpikan.... Bukan hanya menidakkan yang di hadapan... bukan terlupa apa yang di perlukan..dan bukan lah juga terlalu memberi banyak alasan...

Duhai perempuan yang punya rasa hati... yang punya kuat naluri di hati... pertahankanlah...kesetiaan yang sentiasa sinonim dengan diri...perkukuhkanlah kesabaran yang sentiasa terikat di jiwa...jagalah kedudukan kita sebagai perempuan yang telah di angkat martabatnya... Hargailah ianya... Bukannya menjadi duri dalam daging.. bukannya menjadi petualang dalam kisah hati kaum sendiri... bukannya menjadi racun dalam kehidupan orang lain...

Pertahankanlah apa yang anda ada hari ini... ia mungkin akan hilang.. mungkin akan pergi...mungkin... akan bertukar milik... hari esok... Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian masih berguna jika ia dijadikan sempadan utk kehidupan sehari-hari... Apa yang penting.. perbetulkanlah niat... Sesungguhnya penipuan tidak dapat ditutup dengan pembohongan... Semanis manis bicara mulut...tetap juga tergigit lidah ketika menuturkannya.... Dan siapalah kita... hendak menafikan... sehalus dan seperlahan mana pun keluhan... Allah tahu apa tersirat di baliknya..

Ingat niat itulah yang akan bawa arah kehidupan kita.. perbetulkannya setiap kali pujukan berbisa menjadi kompas tidak berguna... Jika cinta yang di cari...carilah dalam diri dahulu...barulah bertemu cinta yang sejati nan hakikii.... Jika sebaliknya... berhati-hatilah... dan redhalah dengan apa yang anda akan lalu nanti... Dari cinta membawa kekuatan hidup... dan kerana cinta... akan mencipta kemusnahan hidup...

Maafkan lah jika keterlanjuran bahasa yang digunakan... Cuma bercerita dan jadikan iktibar utk sendiri... dari kisah-kisah rakan... dan juga kisah hati sendiri....

Lets share this... from my frenz...from books...from... from the lyric...

"Cinta itu Kejujuran kerana Cinta tidak pernah memaksa...

Cinta itu murni kerana Cinta memerlukan ketulusan hati....

Cinta itu kekuatan kerana cinta memerlukan ketabahan....

Cinta itu kesabaran kerana cinta menguji keimanan...

Cinta itu keredhaan kerana cinta pemberian Tuhan..."

"Allah tidak memberi apa yang diharapkan... Tapi yang diperlukan..."

"Kita minta kepada ALLAH setangkai bunga segar...DIA beri kaktus yang berduri...Kita minta rama-rama... diberi ulat yang berbulu.... Namun kemudian kaktus itu berbunga indah... dan ulat itu menjadi rama-rama yang cantik...."

"Oh Kekanda mari nyawa, kita cuba komunikasi.... Oh Adinda mari sayang, kita cuba toleransi...Komunikasi, sikap toleransi, itu yang kita perlu... - Kekanda Adinda Atilia & Monoloque"

"Cinta sejati tu tetap menerima walaupun kita disakiti, tetap mencintai walau dikhianati, dan tetap menunggu walau ditinggalkan… -Novel Stanza Cinta"

"In real love you want the other person's good. In romantic love you want the other person."

"I love you, not only for what you are, But for what I am when I am with you."

"It's so easy, To think about Love, To Talk about Love, To wish for Love, But it's not always easy, To recognize Love, Even when we hold it.... In our hands."

"There is only one happiness in life, to love and be loved."

"The most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman's heart."

"Love means to commit oneself without guarantee, to give oneself completely in the hope that our love will produce love in the loved person. Love is an act of faith, and whoever is of little faith is also of little love."

"....A simple I love you means more than money...."

"All love is sweet, given or returned."

"Be very careful if you make a woman cry because God counts her tears. Every tear a woman sheds is equivalent to a man’s sacrifices in life. The woman came from a man’s rib, not his feet to be stepped on, not on his head to be superior but on his side to be equal, under his arm to be protected and near his heart to be loved..."

"Married in white, you have chosen all right..

Married in grey, you will go far away..

Married in black, you will wish yourself back..

Married in red, you will wish yourself in dead...

Married in green, ashamed to be seen...

Married in blue, he will always be true...

Married in pearl, you will live in a whirl...

Married in yellow, ashamed of your fellow...

Married in brown, you will live in a town...

Married in pink, your fortunes will sink.."

"Married may be made in heaven... But... the maintenance must be done on earth!"


~~ You're my prince... and I'm your princess - Amer Hani ~~

Monday, March 14, 2011

Jom Shopping~~

Rancangan berjalan mengabihkan duit aku...tidak akan pernah berjaya...if aku plan awal-awal...yang last sekian tu jugak menjadik...gamble nek bas...dari KL ke JB sorang-sorang...dahla aku ni gelabah nek train sensorg...tah kenapa pun tak tau...hahahaa...pehtu dah tersalah naik.... patutnya naik sri petaling line...skali naik ampang line...hahahaa...nasib juga peka pada announcement.... turun kat chan sow lin....pehtu menonong...sampai brader tu gelak kat aku...aku pun rasa langkah cam sumbang jer da....oppps no wonder...aku dah tersalah nak nek gi sentul timur plak...ahahaha...bang...nasib muka lu ensem...and koling koling me adik manis... I LIKE!! Mesti dia kesian...aku bawak beg...punya lg besar dari badan sinri...padahal trip one day jer...hahaha~~ aku pun tak tahu apa aku dok sumbat dlm beg hiking aku tuh...

Dekat-dekat exit ayer keroh, melaka....ada eksiden...punya la gak truk.... sampai kontot keta toyota tu jadi lebih kecik dari savvy...kena lanyak dgn treler...terguling la treler langgar divider jalan...rasa excited aku terhenti kejap.... aku tak sabar nak sampai ni... hahaha...pasal tak leh blah langsung dok dlm bas...berapa tahun aku tak nak bas?? hahaha~ nak lelap mata serba tak kena.... haisshhh~~ Last-last sampai kat larkin kul 9...perghhh gler best... dahla gigil nak gi toilet...tp dlm beg byk brg berharga...tak berani nak tinggal...so segala ilmu kepit2 telah aku gunakan...LOL! Dari larkin amik teksi ke JB sentral...nak gi check points...duduk jap depan money changer.... tgu ketibaan Incek Milan ku...dgn adik cygnya... opie...hee hee.. Sorri la opie... dah cilok abg cyg abg awak...tak dpt awak nak berchenta berdua gi tengok PC fair... sowiii~~ And makan malam kat JB... tu....aku da masuk angin kot perut... tak leh makan...walhal tersangat la lapar...or mungkin juga kenyang tgk Milan! Milan! di depan mata....and malam berhajat nak pusing pusing nek beskal kat Ang Mo Kio Town dgn incek milan...tp tak sampai hati nak suarakan... cause...dia menunjukkan simptom simptom keletihan yg teramat...and masa untuk twinkle twinkle little star~~

And sebab dah keterlambatan...tak sempat la nak berpoya poya sangat...pusing pusing area Ang Mo Kio, Harbour Front.... and Vivo mall.... shopping jerla beli gift utk family members and closed frenz... tu jer...sian incek milan kena angkut beg2 plastik yg sgt berat....and terima kasih for the shirt....and kasut cumil size 3...hee hee...kenapa kaki aku tak membesar since form 1.... actually nak sport shoes...tapi tak sampai hati plak nak perabihkan dolar sing dia.... and terima kasih...sebab melayani rajuk aku... seharian.... aku pun tak tau kenapa...sampai jer kota singa tu.. aku terus moody after got my SURPRISE~~ Tahla.... aku pun tak tau la... kadang2 kita kena lupakan perasaan sendiri....untuk kebahagiaan orang lain...walaupun ianya sangat menyakitkan... Masa akan mengubat.... and telah tuhan janjikan..tiap tiap kesabaran itu ada ganjaran yang hebat... mungkin kah ada sesuatu yg indah... menanti aku... hopefully so....amin!

Petang around 7pm.. aku dah gerak balik...samapi JB around 8 sumthing... and kena makan cepat2 with my incek milan... sbb aku lum... amik tiket lagi.... Urmmm...tiap2 kali....berpisah...mesti aku menangis...aku pun tak tau la... sakit hati krn surprise.... pun tak buat aku rasa sedih mcm bila berjauhan dengan dia... urmmm... Adakah dia setia seperti aku menantinya...saban hari?? Ya Allah... izinkan aku terus menyimpan perasaan ini... jauhkan rasa prasangka... dari hati ku... andai dia benar untuk aku... amin ya rabbal alamin....

For my BRUNCH~~
Tak mampu nak habiskan...walaupun berusaha dgn keras
Last kopek....mata dah berair telan...minum air pun dah tak leh paksa juga

For GIRLS in the house~~
For closest frenz...
For ofis mate~~

For the 2 bodyguards in my life~~From my sweetheart~~
For boys in the house....


*********** Menggediks.... and merajok time ************

Fresh!




See...dia nampak penat kan... siannyer dia... tenkiu~~

Rajuk time aku sudah mari....sorri...aku bkn leh tahan-tahan kalau nak buat muka...
Pantas dan tanpa mengira masa dan keadaan~~